AGENDA

Saksi kes kebakaran rumah ragut tiga nyawa dicari bantu siasatan

9 Ogos 2024, 7:28 AM
Saksi kes kebakaran rumah ragut tiga nyawa dicari bantu siasatan

MUAR, 9 OGOS: Polis mengesan saksi utama bagi membantu siasatan kes kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan di Pagoh di sini hari ini yang meragut nyawa suami isteri warga emas serta seorang cucu mereka.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata lelaki yang dikenali sebagai Azman Mohamed, 48, itu ialah anak kepada mangsa dan dikatakan tinggal bersama mangsa serta dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian.

“Polis meminta penama itu tampil segera bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di talian 06-9564800,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu mangsa yang meninggal dunia ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, Ara Abdul Hamid, 76, dan Noradriana Nor Hisyam, 11, manakala seorang lagi mangsa Norazima Mohd Radhi,14, cedera dan kini menerima rawatan di hospital.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.