ad
AGENDA

143 mangsa banjir masih berlindung di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Selisek

6 Ogos 2024, 1:31 AM
143 mangsa banjir masih berlindung di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Selisek

SHAH ALAM, 6 OGOS: Seramai 143 mangsa banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Sungai Selisek setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor ketika dihubungi memaklumkan jumlah itu meningkat sedikit berbanding 141 yang direkodkan malam tadi.

Sementara itu, keadaan banjir di enam kawasan kampung yang terlibat iaitu Kampung Sungai Selisek, Serigala, Sungai Nilam, Sekolah, Masjid dan Paya Lebar juga sudah surut sepenuhnya.

Kerja pembersihan rumah mangsa akan dijalankan secara gotong-royong hari ini dengan dibantu pelbagai agensi kerajaan sebelum mereka pulang ke kediaman masing-masing.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.