AGENDA

Selisih faham urusan kerja, seorang lelaki parah diserang rakan

4 Ogos 2024, 9:52 AM
Selisih faham urusan kerja, seorang lelaki parah diserang rakan

TAMPIN, 4 OGOS: Seorang lelaki berusia 45 tahun cedera parah pada beberapa bahagian badan selepas diserang rakannya di sebuah rumah di Ayer Kuning Selatan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung insiden berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Beliau berkata susulan itu, seorang lelaki berumur 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

"Pergaduhan berpunca daripada selisih faham tentang urusan pekerjaan. Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian bahu, perut, kaki dan belakang badan. Mangsa kini menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tampin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.