AGENDA

PM ajak rakyat bersolidariti untuk Palestin di Bukit Jalil esok

3 Ogos 2024, 2:40 PM
PM ajak rakyat bersolidariti untuk Palestin di Bukit Jalil esok
PM ajak rakyat bersolidariti untuk Palestin di Bukit Jalil esok

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama berhimpun bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil esok.

“Insya-Allah esok kita bersama-sama nyatakan solidariti, sokongan dan dukungan berterusan kepada rakyat Palestin. Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka!” katanya dalam hantaran Facebook.

Dijadual bermula pada 6 petang, himpunan itu antara lain bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

Perdana Menteri juga dijangka menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan itu untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin, bersama beberapa pemimpin lain.

Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir di stadium itu bagi menzahirkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.