AGENDA

BEST Inc. lancarkan mesin penimbang dan imbas hampir RM10 juta di Malaysia

30 Jul 2024, 2:23 AM
BEST Inc. lancarkan mesin penimbang dan imbas hampir RM10 juta di Malaysia
BEST Inc. lancarkan mesin penimbang dan imbas hampir RM10 juta di Malaysia

SHAH ALAM, 30 JULAI: Syarikat pembekal utama rantaian bekalan pintar, BEST Inc. melancarkan 11 mesin dimensi, peranti menimbang dan mengimbas (DWS) bernilai hampir RM10 juta, baru-baru ini.

Pelancaran mesin oleh syarikat yang juga pengendali penyelesaian logistik di China dan Asia Tenggara itu dibuat di pusat agihan terbesarnya di Asia Tenggara, di U10, Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutifntya Gavin Lu berkata inisiatif strategik itu penting bagi meningkatkan

kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan kepada pasaran e-dagang yang pesat di Malaysia.

"Tatkala kami melabur dalam teknologi terkini, mesin canggih ini juga akan mencekapkan operasi,

mengurangkan kos, dan menyediakan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggan-pelanggan kami.

"Malaysia adalah pasaran penting bagi kami dan kami komited menyokong pertumbuhan ekonomi di Malaysia dengan penyelesaian inovatif kami," katanya dalam kenyataan.

[caption id="attachment_655039" align="aligncenter" width="696"] Mesin dimensi, peranti menimbang dan mengimbas (DWS) yang bernilai hampir RM10 juta yang dilancarkan syarikat BEST Inc. di Shah Alam, baru-baru ini[/caption]

Beliau menambah teknologi DWS turut mencerminkan dedikasi syarikat dalam mengoptimumkan logistik melalui automasi dan ketepatan, selain boleh mengimbas kod dari lima sisi berbeza.

Jelasnya, lima sisi kamera itu membolehkan imbasan kod melalui lima sisi bungkusan serentak, yang akan mengurangkan keperluan untuk pengagihan manual, sekali gus meningkatkan kecekapan operasi.

"Barisan automasi yang baru dibina membolehkan setiap DWS mengendalikan 20,000 bungkusan setiap jam, menyumbang kepada kapasiti harian sebanyak 400,000 bungkusan untuk KULHUB," katanya.

Dalam kenyataan itu, Gavin berkata pelaksanaan mesin DWS juga menandakan era baharu untuk logistik di Malaysia dan menetapkan piawaian baharu dalam industri berkenaan.

Katanya lagi, ia juga selaras strategi BEST Inc. untuk mengukuhkan kedudukannya di Asia Tenggara dan berkembang ke pasaran serantau termasuk Vietnam, Thailand, dan Singapura.

"Langkah-langkah strategik ini didorong oleh komitmen syarikat terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan untuk menyampaikan perkhidmatan logistik yang boleh dipercayai dan cekap.

"Sistem DWS bukti komitmen BEST Inc. untuk menyediakan penyelesaian logistik berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan operasi e-dagang dan rantaian bekalan moden," tambah Gavin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.