SABAK BERNAM, 27 JULAI: Penjawat awam sekitar daerah ini berpeluang mendapatkan khidmat kaunseling psikologi sempena Karnival 3S (Santai, Sihat, Sejahtera) di Pengkalan Sabak, Pekan Sabak di sini hari ini.
EXCO kesihatan awam berkata program percuma kendalian Pusat Kaunseling Selangor (PKS) bertujuan memastikan tahap kesihatan fizikal dan mental penjawat awam ditahap baik bagi memikul amanah dan tanggungjawab.
[caption id="attachment_654657" align="aligncenter" width="758"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berucap merasmikan Karnival Jelajah 3S Santai, Sihat, Sejahtera di Pengkalan Sabak, Sabak Bernam pada 27 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Penjawat awam merupakan nadi penggerak kepada pelaksanaan dasar serta program yang dirancang oleh Kerajaan Negeri, jadi mereka hendaklah mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik bagi memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
“Oleh itu, program ini disasarkan kepada penjawat awam di setiap daerah sebagai salah satu sistem sokongan membantu mereka menguruskan kesihatan fizikal dan mental melalui pendekatan sesi kaunseling percuma, ceramah dan reruai disediakan,” katanya Jamaliah Jamaluddin ketika berucap merasmikan program berkenaan.
[caption id="attachment_654690" align="aligncenter" width="774"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin (dua, kanan) melawat pameran dalam majlis perasmian Karnival Jelajah 3S Santai, Sihat, Sejahtera di Pengkalan Sabak, Sabak Bernam pada 27 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Jamaliah turut memuji inisiatif PKS yang mula menawarkan perkhidmatan psikologi klinikal termasuk akan mengadakan kerjasama dengan Jabatan Psikiatri, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam.
“Saya difahamkan kerjasama ini bertujuan merawat pesakit yang mempunyai penyakit mental. Perkhidmatan psikologi kaunseling dan klinikal di PKS ini diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk yang memerlukan,” katanya.
[caption id="attachment_654684" align="aligncenter" width="769"] Kanak-kanak mengambil bahagian pertandingan mewarna dalam majlis perasmian Karnival Jelajah 3S Santai, Sihat, Sejahtera di Pengkalan Sabak, Sabak Bernam pada 27 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Terdahulu, lebih 500 pengunjung memeriahkan Karnival 3S anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam dan PKS, Kelab Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Selangor dan Jabatan Psikiatri Hospital Al Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam.
Pelbagai pengisian menarik dianjurkan antaranya termasuklah kempen derma darah, larian santai bertemakan nostalgia 60an, ceramah pengurusan tekanan, senamrobik, pertandingan mewarna, program kesedaran alam sekitar dan jualan usahawan.
[caption id="attachment_654685" align="aligncenter" width="811"] Mohd Sazirin Iqbal,9, (kiri) dan Abdullah Azman, 8, bermain karum di reruai PPAS dalam majlis perasmian Karnival Jelajah 3S Santai, Sihat, Sejahtera di Pengkalan Sabak, Sabak Bernam pada 27 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]