SHAH ALAM, 27 JULAI: Anggota polis yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan semalam akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata Bukit Aman sudah menerima cadangan daripada Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris untuk menahan kerja anggota polis terbabit, lapor Sinar Harian.
"Pihak Bukit Aman menerima cadangan itu untuk menahan kerja anggota polis terbabit," katanya.
Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Nur Farah Kartini, 25, hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Pada 15 Julai mayatnya ditemukan kira-kira jam 6 petang ladang kelapa sawit dekat Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam.