ad
BUDAYA

Petikanmu, Joe Branko

27 Jul 2024, 12:47 AM
Petikanmu, Joe Branko

“sejati...”

gorenganmu laksana aroma kopi hangat

yang membelai rongga hidung lirih

pada redup sayup dinihari

menguji kejaguhan euforia

jemarimu mengkhayalkan fantasi dan aku

yang tak pernah puas dengan keenakan buas

memaksa jasad longlai berhayunan

rela melodi ghairahmu meresap masuk

petikanmu terdengar kasar dan manis

jari-jari lincahmu menari menganut puitis

berangkulan mencipta bingit simbiosis

yang aku segara anggap dewa melodis

goncanganmu gemalai yang menggiurkan

tiap kali kau alir sihir pada dawai besi

nadiku akhirnya mahu berdetak lagi

kau tiup Batiniyya mengepakkan sayap

 

Afrina Aziz

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.