ad
AGENDA

Gombak antara lapan kawasan catat cuaca panas di Semenanjung

26 Jul 2024, 2:22 AM
Gombak antara lapan kawasan catat cuaca panas di Semenanjung
Gombak antara lapan kawasan catat cuaca panas di Semenanjung

SHAH ALAM, 26 JULAI: Gombak, Selangor antara lapan kawasan di Semenanjung merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan, setakat jam 6 pagi tadi, selain Gombak, kawasan lain yang merekodkan cuaca panas tahap satu ialah Larut dan Matang di Perak, Kuala Krai di Kelantan serta Raub, Temerloh, Maran, Bentong, Rompin di Pahang.

"Cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga merekodkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

"Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.