AGENSI

Kota Kemuning antara empat lokasi jualan murah PKPS esok

24 Jul 2024, 11:00 AM
Kota Kemuning antara empat lokasi jualan murah PKPS esok
Kota Kemuning antara empat lokasi jualan murah PKPS esok
Kota Kemuning antara empat lokasi jualan murah PKPS esok

SHAH ALAM, 24 JULAI: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan dapur pada harga murah diteruskan di empat lagi tempat, esok.

Bermula jam 10 pagi, jualan kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di Sea Park Apartment, Seksyen 21, Petaling Jaya (Kg Tunku) dan Dewan MBSA Kg Melayu Sungai Buloh (Kota Damansara).

Dua lagi tempat di Blok E Residensi Bistari, Taman Ukay Bistari (Hulu Klang) dan Dewan Masyarakat Kg Bukit Lanchong (Kota Kemuning).

[caption id="attachment_644513" align="aligncenter" width="593"] Penduduk mendapatkan barangan murah ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Masjid Al Falah Meru, Klang pada 15 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.