AGENDA

Percubaan bunuh Trump: Pengarah perkhidmatan rahsia AS letak jawatan

24 Jul 2024, 1:00 AM
Percubaan bunuh Trump: Pengarah perkhidmatan rahsia AS letak jawatan

WASHINGTON, 23 JULAI: Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) Kimberly Cheatle telah meletakkan jawatan susulan desakan meluas berhubung cubaan membunuh calon Republikan Donald Trump, lapor NBC News pada Selasa, memetik tiga sumber, menurut Sputnik.

Cheatle dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai peletakan jawatannya lewat pagi ini, menurut laporan itu yang memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang.

Peletakan jawatan beliau dibuat selepas beliau disoal siasat oleh penggubal undang-undang Dewan Perwakilan AS pada Isnin mengenai kegagalan agensi itu untuk menjamin keselamatan perhimpunan Trump pada 13 Julai di Butler, Pennsylvania.

- BERNAMA-SPUTNIK

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.