ad
AGENDA

Realisasi hasrat negara maju, Selangor antara negeri barisan depan

21 Jul 2024, 12:00 PM
Realisasi hasrat negara maju, Selangor antara negeri barisan depan
Realisasi hasrat negara maju, Selangor antara negeri barisan depan

SEPANG, 21 JULAI: Selangor antara negeri yang berada di barisan hadapan bagi merealisasi hasrat Malaysia sebagai negara maju, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelan pembangunan negeri itu seiring dengan kerja keras yang dilaksana perdana menteri dan jemaah menteri untuk memulihkan nama negara di persada antarabangsa.

“Ini amat penting terutamanya dalam usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu dengan pasukannya yang sedang giat memulihkan nama negara di persada antarabangsa untuk membina semula keyakinan pelabur.

“Malaysia adalah negara berbilang kaum paling unik di dunia untuk melabur buat jangka masa yang panjang,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, hari ini.

Diadakan di Dewan Acara Cyber, Cyberjaya di sini, majlis yang disempurnakan Anwar turut dihadiri barisan pemimpin kerajaan Persekutuan dan negeri.

Dalam pada itu, Amirudin berkata Selangor berjaya meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 25.9 peratus dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.4 peratus.

Menurutnya, Selangor merupakan negeri pertama mencipta ekonomi dengan nilai melebihi RM400 billion dengan jumlah RM406.1 billion pada tahun lalu.

“Rancangan Selangor Pertama serta dokumen penting yang digagaskan perdana menteri seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Kerangka Ekonomi Madani dan sebagainya turut memainkan peranan penting dalam aspek ini,” katanya.

[caption id="attachment_653466" align="aligncenter" width="700"] Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengibarkan bendera bersama hadirin sempena majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Dewan Acara Cyber Cyberjaya, Sepang pada 21 JULAI 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.