ad
AGENDA

40 pendatang asing lima negara ditahan di pangsapuri mewah Brickfields

13 Jul 2024, 2:34 AM
40 pendatang asing lima negara ditahan di pangsapuri mewah Brickfields

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 40 pendatang tanpa izin di pangsapuri mewah di Brickfields dalam serbuan bermula 12 tengah malam dan berakhir 4 pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 25 warga India, Sri Lanka (10), masing-masing dua warga Pakistan dan Myanmar serta seorang warga Bangladesh berusia tiga hingga 61 tahun.

"Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan antaranya tidak memiliki pas atau permit untuk tinggal di Malaysia, pas tamat tempoh serta tinggal lebih masa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan setiap unit pangsapuri berkenaan disewa dengan kadar lebih RM2,000 sebulan dan didiami lapan warga asing yang kebanyakannya bekerja dalam bidang pembinaan dan makanan.

Kesemua warga asing yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Bukit Jalil dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.