AGENSI

Air Selangor: Label notis diberi kepada pelanggan ada tunggakan bil

13 Jul 2024, 1:06 AM
Air Selangor: Label notis diberi kepada pelanggan ada tunggakan bil
Air Selangor: Label notis diberi kepada pelanggan ada tunggakan bil

SHAH ALAM, 13 JULAI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan label notis yang tular di media sosial merupakan pemakluman pemotongan bekalan.

Agensi di Facebook memaklumkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai tunggakan bil tetapi menerima notis tersebut agar menghubungi pihaknya.

"Air Selangor ingin memaklumkan bahawa label notis tersebut diguna pakai oleh pihak kami untuk pelanggan yang mempunyai tunggakan bil," tulisnya.

Agensi turut menasihatkan para pelanggan menghubungi pihaknya di talian 15300 atau ajukan pertanyaan di Help Centre menerusi http://www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Sebelum ini tular label notis tertulis 'pemotongan bekalan air' berwarna merah yang mempunyai logo Air Selangor selain dilengkapi kod QR.