ad
AGENDA

Penuhi keperluan pendidikan, negeri sedia kaji jumlah dana sekolah agama, persendirian

11 Jul 2024, 10:23 AM
Penuhi keperluan pendidikan, negeri sedia kaji jumlah dana sekolah agama, persendirian

SHAH ALAM, 11 JULAI: Selangor bersedia untuk menilai semula jumlah peruntukan yang diberi kepada sekolah agama dan sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penilaian akan dibuat mengikut jumlah pelajar dan permintaan peruntukan di institusi pendidikan terbabit.

“Perlu difahami mengapa Kerajaan Negeri memperuntukkan RM500,000 untuk empat sekolah menengah persendirian cina setiap tahun.

“Dasar ini telah digunapakai sejak tahun 2016 dan harus kita faham bahawa sekolah-sekolah ini tidak menerima sebarang bantuan daripada Kerajaan, berbeza daripada sekolah-sekolah lain.

“Kerana sedia maklum bahawa sekolah agama dan agama rakyat adalah sekolah bantuan separa kerajaan. Namun, Kerajaan Negeri sedia kaji semula nilai peruntukan untuk memenuhi keperluan pendidikan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal (KSP) RS-1 di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Pada masa sama, sejak 2009, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan sebanyak RM101 juta kepada sekolah agama rakyat (SAR), RM72.5 juta kepada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan RM16 juta kepada sekolah menengah persendirian Cina.

“Manakala sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) menerima RM59.6 juta, RM6.8 juta kepada sekolah mubaligh serta RM3.3 juta sekolah Kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan,” katanya.

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.