ad
BERITA UTAMA

Selangor teliti tatacara agihan SMUE, kurang beban pusat khidmat

11 Jul 2024, 4:16 AM
Selangor teliti tatacara agihan SMUE, kurang beban pusat khidmat

SHAH ALAM, 11 JULAI: Selangor sedang meneliti tatacara pengagihan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) secara digital dengan lebih berkesan bagi memastikan prosesnya lancar.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menjelaskan kaedah baharu bermula akhir tahun lalu perlu dipantau sebaiknya terutama daripada aspek penggunaan teknologi maklumat (IT).

"Pelaksanaan secara pendigitalan menumpukan pendaftaran dan penebusan dalam talian kerana ia mampu mengurangkan beban (kesesakan) di pusat khidmat masyarakat," katanya dalam sidang Dewan Negeri.

Menjawab soalan tambahan wakil rakyat Permatang Nurul Syazwani Noh hari ini, jelasnya, seramai 263,141 orang mendapat manfaat SMUE tahun lalu, manakala 6,331 keluarga menerima khairat kematian.

"Bagi khairat kematian, jumlah kekal RM500 kerana terdapat insentif lain untuk manfaat ini seperti Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dan Skim Iltizam Selangor Sihat (ISS).

"Jika perlu ditambah, semua tawaran khairat kematian ini perlu diperhalusi," katanya.

Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM16.48 juta bagi program Jom Shopping sempena hari lahir penerima. Ia sebahagian inisiatif SMUE, dengan setiap orang menerima RM150 untuk membeli barangan keperluan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.