ad
AGENDA

Kompleks Sukan Shah Alam beri imej lebih segar, manfaatkan banyak pihak

9 Jul 2024, 1:00 PM
Kompleks Sukan Shah Alam beri imej lebih segar, manfaatkan banyak pihak
Kompleks Sukan Shah Alam beri imej lebih segar, manfaatkan banyak pihak
Kompleks Sukan Shah Alam beri imej lebih segar, manfaatkan banyak pihak
Kompleks Sukan Shah Alam beri imej lebih segar, manfaatkan banyak pihak

SHAH ALAM, 9 JULAI: Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menyerlahkan lagi industri sukan dengan imej lebih segar dan menepati cita rasa semasa.

Wakil rakyat Seri Serdang berkata kompleks yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2029 juga bakal meningkatkan kualiti kehidupan dan menyatupadukan rakyat selalui sukan.

[caption id="attachment_651487" align="aligncenter" width="814"] Ahli Dewan Negeri Seri Serdang Abbas Azmi membahas usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 9 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“RS-1 membawa imej baharu kepada Selangor. Apabila siap kelak, Seri Serdang percaya stadium akan memberi manfaat kepada masyarakat dan pada masa yang sama imej Selangor sebagai negeri yang aktif dengan sukan akan lebih terserlah.

“Pastinya rakyat Selangor akan berbangga dengan stadium baharu nanti. Sukan adalah medium penyatuan dan juga medium terbaik meningkatkan kualiti kehidupan rakyat" kata Abbas Azmi membahaskan kajian separuh penggal RS-1 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

“Soal bagaimana ia direalisasikan, Seri Serdang percaya ia telah diperhalusi sebaik mungkin dan mengikut lunas undang undang dan peraturan . Apabila siap iaakan menjadi mercu tanda dan membawa imej yang lebih baik."

[caption id="attachment_650216" align="aligncenter" width="814"] Kontraktor melakukan pembersihan secara berperingkat sebelum perobohan Stadium Shah Alam ketika tinjauan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Saipolyazan M Yusop pada 1 Julai 2024. FOTO ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]

Bermula 1 Julai, Stadium Shah Alam diroboh menerusi kaedah konvensional tanpa bahan letupan bagi mengelak gangguan bunyi, habuk dan air terhadap penduduk dengan proses dijangka berjalan setahun.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memaklumkan pembangunan KSSA membabitkan tiga fasa dijangka siap sepenuhnya menjelang 2029.

Pengurus besar unit projek khasnya berkata fasa pertama membabitkan proses perobohan dan pembinaan semula Stadium Shah Alam dan dijangka selesai pada Disember 2026.

Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz menjelaskan fasa kedua pula dijadual bermula pada Januari 2027 membabitkan teater tertutup, sayap sukan dan belia serta kawasan rekreasi.

Fasa terakhir untuk pembinaan terminal bersepadu dan hotel pula dijangka dimulakan antara Januari 2028 hingga Disember 2029.

[caption id="attachment_563154" align="aligncenter" width="812"] Reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang dipamerkan sempena Hari Jersi Selangor dan Pameran Awam Pembangunan KSSA di SACC Mall, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.