ad
AGENDA

Bomba selamat 45 individu terperangkap kepala air

8 Jul 2024, 2:30 PM
Bomba selamat 45 individu terperangkap kepala air

KOTA KINABALU, 8 JULAI: Seramai 45 individu termasuk tujuh kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperangkap di seberang sungai dalam kejadian kepala air ketika sedang menjalankan aktiviti memancing di sebuah kolam berhampiran Jalan Tandek Kampung Longob, Kota Marudu, petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian terletak 14 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.11 petang.

"Terdapat 45 individu terdiri 23 lelaki dan 15 wanita dewasa bersama tujuh kanak-kanak terperangkap di seberang sungai akibat berlaku kepala air yang menyebabkan jambatan di sungai berkenaan rosak dibawa arus deras.

"Anggota bomba menyelamatkan semua mangsa menggunakan tali dan tangga serta tiada kecederaan dilaporkan," menurut kenyataan itu.

Operasi menyelamat tamat pada 6.47 petang.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.