AGENDA

Anwar hulur sumbangan tampung kos bedah, rawatan susulan pesakit resdung kronik

6 Jul 2024, 7:55 AM
Anwar hulur sumbangan tampung kos bedah, rawatan susulan pesakit resdung kronik

KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada reformis Henry Albert, untuk membantu meringankan beban kos pembedahan segera dan rawatan susulan anaknya Theshvin Henry yang menghidap penyakit asma dan resdung kronik.

Sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI di Sentul baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar mendoakan Theshvin selamat menjalani pembedahan dan segera pulih, sekali gus dapat kembali aktif dan menjalani kehidupan harian seperti biasa.

-- BERNAMA