AGENSI

PWS serah sumbangan tabung wakaf RM25,365 kepada Masjid Jamek Ar Rahimiah

6 Jul 2024, 2:30 AM
PWS serah sumbangan tabung wakaf RM25,365 kepada Masjid Jamek Ar Rahimiah

SHAH ALAM, 6 JUL: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan tabung wakaf berjumlah RM25,365.00 kepada Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang baru-baru ini.

Menerusi Facebook rasminya, perbadanan itu memaklumkan sumbangan itu bagi menaik taraf sistem pembesar suara masjid berkenaan.

“Agihan tabung wakaf tersebut adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di masjid, 33 peratus dari hasil kutipan akan diserahkan balik kepada masjid untuk tujuan naik taraf,” katanya.

Sumbangan diserahkan Pengurus Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafiz Bahari kepada ahli jawatankuasa masjid itu.

Tambah perbadanan itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memudahkan ahli kariah dan jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

Wakaf tunai boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.