SELANGOR

Amaran hujan lebat di Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 7 malam

5 Jul 2024, 9:17 AM
Amaran hujan lebat di Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 7 malam
Amaran hujan lebat di Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 7 malam

SHAH ALAM, 5 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melanda Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang sehingga jam 7 malam ini.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca disertai hujan lebat dijangka turut berlaku di Kuala Lumpur, beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.