ad
AGENDA

Negeri kaji kecukupan bekalan tenaga, bangun lebih banyak pusat data

5 Jul 2024, 3:50 AM
Negeri kaji kecukupan bekalan tenaga, bangun lebih banyak pusat data

SHAH ALAM, 5 JULAI: Faktor kecukupan sumber bekalan tenaga akan diteliti sebelum membangunkan pusat data seiring keperluan teknologi terkini, kata EXCO pelaburan.

Jelas Ng Sze Han, perkara itu perlu dikaji lebih mendalam memandangkan pusat data memerlukan bekalan tenaga yang tinggi ekoran pelaksanaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Setakat ini kita ada 18 pusat data namun menerima permintaan tinggi dari pelbagai pihak. Untuk bangunkan pusat data ini kita berdepan cabaran besar.

“Kita kena kaji kesediaan sama ada bekalan tenaga cukup atau tidak. Kita perlukan jumlah tenaga yang banyak untuk kegunaan AI. Jadi ini antara perkara yang akan diteliti.

“Pembangunan pusat data ini dijangka dapat menarik kehadiran syarikat teknologi terkemuka dunia yang akan membawa pemindahan teknologi dan kepakaran baharu untuk manfaat syarikat dan rakyat tempatan,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat, Sze Han berkata Kerajaan Negeri juga sedang mengenal pasti kapasiti pusat data yang diperlukan selain lokasi lokasi bersesuaian.

“Pembangunan pusat perlu mengambil kira aspek tenaga kerja berkemahiran tinggi termasuk proses pemindahan teknologi kepada bakat tempatan dan juga penggunaan bahan tempatan.

“Sesi perbincangan berkumpulan melibatkan operator pusat data dan agensi juga diadakan berhubung pembangunan ini,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.