AGENDA

Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar

30 Jun 2024, 8:57 AM
Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar

SHAH ALAM, 30 JUN: Seorang lelaki maut apabila kereta jenis Lamborghini yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 57.1 Jalan Bentong-Karak pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata seorang penumpang wanita berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

"Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu pemandu yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Akibat kemalangan itu, kereta mewah berkenaan terbakar sepenuhnya," lapor Berita Harian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.