SELANGOR

Sultan, Tengku Permaisuri berkenan lawat Yayasan Tun Jugah

29 Jun 2024, 8:10 AM
Sultan, Tengku Permaisuri berkenan lawat Yayasan Tun Jugah

KUCHING, 29 JUN: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat Tekstil, Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah di sini hari ini.

Baginda berdua meluangkan masa hampir dua jam melihat antara lain kepelbagaian tekstil dan sejarah tenunan serta peralatan kaum Iban.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Tun Jugah Tan Sri Leonard Linggi Jugah dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Noorashikin berkenan mendengar taklimat oleh Pemegang Amanah Pengurusan Yayasan Tun Jugah, Melia Linggi sepanjang lawatan itu.

Yayasan Tun Jugah yang ditubuhkan pada 1985 antara lain bertujuan memelihara dan mempromosikan kaedah tradisional tenunan Iban bagi memberi pemahaman lebih mendalam tentang tekstil dan tradisi tenunan Iban demi kepentingan tempatan dan antarabangsa.

Baginda turut berkenan menerima cenderahati daripada Leonard Linggi berbentuk ‘lungai tinggang’ yang merupakan parang tradisional masyarakat Iban.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Noorashikin dijadualkan berangkat ke hari kedua Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF 2024) di Kampung Budaya Sarawak malam ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.