AGENSI

Peluang beli barangan asas murah di empat lokasi pagi ini

26 Jun 2024, 12:07 AM
Peluang beli barangan asas murah di empat lokasi pagi ini
Peluang beli barangan asas murah di empat lokasi pagi ini

SHAH ALAM, 26 JUN: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di empat lokasi pagi ini, bermula jam 10 pagi.

Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijadual berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bandar Baru Klang (Bandar Baru Klang) dan Parit 4 Timur, Sungai Besar (Sabak).

Jualan murah turut berlangsung di pekarangan Masjid Ar-Rahmani, Kampung Permatang (Permatang) dan Kampung Bukit Cherakah (Ijok).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.