AGENDA

LRA Bukit Nanas kembali beroperasi, bekalan air pulih sepenuhnya

24 Jun 2024, 3:45 AM
LRA Bukit Nanas kembali beroperasi, bekalan air pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 24 JUN: Kesemua kawasan yang terputus bekalan berikutan henti tugas sementara loji rawatan air (LRA) Bukit Nanas pulih sepenuhnya 12.00 tengah malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan air tidak berjadual berkenaan.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor melalui talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/

Sebelum ini, LRA Bukit Nanas dihenti tugas sementara berikutan insiden peningkatan warna dalam air terawat di LRA berkenaan pada 21 Jun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.