AGENDA

Cuaca baik, pokok tumbang halang laluan masuk ke Jalan Bernama

18 Jun 2024, 3:36 PM
Cuaca baik, pokok tumbang halang laluan masuk ke Jalan Bernama

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Sebatang pokok tumbang di simpang masuk Jalan Bernama di sini pada 9.15 malam ini.

Menurut saksi kejadian iaitu pengawal keselamatan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Zikri Rohaizad, dia terkejut mendengar bunyi dentuman kuat ketika bertugas di pos kawalannya.

“Bila dengar bunyi itu, saya terus bergegas memeriksa kawasan sekitar dan mendapati sebatang pokok tumbang dalam keadaan melintang serta menghalang laluan keluar masuk di Jalan Bernama.

“Terdapat beberapa kenderaan tersekat namun mujur tiada kenderaan yang dihempap pokok berkenaan,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati keadaan cuaca baik dan tidak hujan.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam yang tiba pada 9.28 malam, mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong dan mengalihkan pokok tersebut bagi membolehkan kenderaan melalui jalan itu seperti biasa.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.