AGENDA

Sultan, Permaisuri seru umat Islam syukuri nikmat, insafi nasib golongan daif

16 Jun 2024, 2:20 PM
Sultan, Permaisuri seru umat Islam syukuri nikmat, insafi nasib golongan daif

SHAH ALAM, 16 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di negeri ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berharap umat Islam mensyukuri nikmat kurniaan Allah serta melaksanakan ibadah korban demi membantu yang miskin, selain menginsafi nasib golongan daif.

"Umat Islam diseru bersama-sama menyempurnakan tanggungjawab sebagai orang Islam yang patuh kepada ajaran dengan merapatkan ukhuwah dan mempererat hubungan silaturahim," titah baginda di Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Baginda juga mendoakan jemaah haji Malaysia dapat melakukan ibadah dengan sempurna dan dikurniakan haji mabrur, seterusnya kembali ke tanah air dengan selamat.

"Semoga pengalaman mengerjakan ibadah haji dapat dimanfaatkan agar menjadi insan yang lebih tawaduk serta mampu memperkukuh dan meningkatkan tahap keimanan dalam diri," titah baginda.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.