AGENDA

Pelajar lelaki lemas ketika ambil mata joran terputus dalam lombong

16 Jun 2024, 10:10 AM
Pelajar lelaki lemas ketika ambil mata joran terputus dalam lombong

KUANTAN, 16 JUN: Seorang pelajar lelaki ditemukan lemas di sebuah bekas lombong emas, di Jalan Sungai Taban, Kampung Merapoh, Kuala Lipis pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata mayat Muhammad Adam Harris Mohd Azman, 18, ditemukan pada 2.50 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak malam semalam.

Beliau berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, Besut, Terengganu itu bersama sepupunya memancing di lombong berkenaan kira-kira 7 malam, Sabtu, sebelum mata joran mangsa terputus.

“Mangsa bertindak terjun ke dalam lombong itu dan berenang pada jarak lebih kurang 12 meter dari daratan untuk mendapatkan mata joran. Semasa berpatah balik ke darat, mangsa kelihatan tidak berdaya lalu lemas dan tenggelam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.