SHAH ALAM, 5 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda tiga daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta Kuala Lumpur hingga 9 malam.
Cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Agensi itu memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_646365" align="aligncenter" width="679"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


