AGENSI

Peluang beli barangan dapur murah di empat lokasi JER pagi ini

4 Jun 2024, 11:50 PM
Peluang beli barangan dapur murah di empat lokasi JER pagi ini
Peluang beli barangan dapur murah di empat lokasi JER pagi ini

SHAH ALAM, 5 JUN: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di empat lokasi pagi ini.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Kedai Pak Jabit Taman Muda (Teratai), Azalea Court Bandar Tasik Putri (Kuang), pekarangan Surau Al-Amin Desa Mahkota (Semenyih) dan Pangsapuri Waja Tun Perak (Balakong).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.