AGENDA

PM terima kunjungan delegasi Fujifilm, bincang pelaburan sektor kesihatan

4 Jun 2024, 2:30 PM
PM terima kunjungan delegasi Fujifilm, bincang pelaburan sektor kesihatan
PM terima kunjungan delegasi Fujifilm, bincang pelaburan sektor kesihatan

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan FujiFilmHealthcare Americas Corporation (Fujifilm) mengenai perancangan pelaburan dan sokongan yang boleh dilaksanakan oleh syarikat itu dalam sektor kesihatan di Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sesi tersebut dijalankan sempena kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Fujifilm Hidetoshi Ilzawa serta delegasinya ke pejabat perdana menteri petang tadi.

Beliau berkata perbincangan itu turut melibatkan penjagaan kesihatan, latihan dan dokumentasi rekod perubatan.

“Pertemuan dan perbincangan hari in selari dengan fokus kerajaan dalam menggerakkan transformasi teknologi, terutamanya dalam sektor awam,” kata Anwar menerusi laman X hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Fujifilm Healtcare Americas Corporation (Fujifilm) Hidetoshi Ilzawa yang berkunjung ke pejabatnya di Putrajaya pada 4 Jun 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Fujifilm adalah syarikat utama dalam inovasi penyelesaian diagnostik dan pengimejan perusahaan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang merentasi pencegahan, diagnosis dan rawatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.