AGENSI

Dua lokasi di Shah Alam antara empat tapak jualan PKPS hari ini

2 Jun 2024, 12:30 AM
Dua lokasi di Shah Alam antara empat tapak jualan PKPS hari ini
Dua lokasi di Shah Alam antara empat tapak jualan PKPS hari ini

SHAH ALAM, 2 JUN: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di berhampiran Pusat Kitar Semula Seksyen 2 dan Masjid Al-Azhariah, Shah Alam.

Program sama turut berlangsung di Pangsapuri Mawar, Bandar Baru Klang dan tapak pasar pagi Taman Kinrara, Puchong.

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.