AGENDA

Polis tahan ibu bapa Zayn Rayyan, dibawa ke mahkamah pagi ini

1 Jun 2024, 1:40 AM
Polis tahan ibu bapa Zayn Rayyan, dibawa ke mahkamah pagi ini

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Polis menahan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Difahamkan pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Puncak Alam, Selangor, pagi semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan itu dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.

Pada 6 Dis tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.