AGENSI

Pokok tumbang hempap tiga kereta, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

29 Mei 2024, 12:02 PM
Pokok tumbang hempap tiga kereta, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Sebatang pokok tumbang dan menghempap tiga kereta dalam kejadian di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.59 petang.

Beliau berkata petugas bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa terus bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 8 kilometer dari balai itu sejurus selepas menerima laporan.

“Pokok itu menghempap tiga kenderaan di kawasan parkir, iaitu sebuah kereta Proton Wira dan dua Perodua Myvi.

“Kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa, dan kerja-kerja memotong serta mengalihkan pokok sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.