ad
AGENSI

Pendidikan agenda utama negeri, giat usaha bela kebajikan guru

16 Mei 2024, 3:15 AM
Pendidikan agenda utama negeri, giat usaha bela kebajikan guru
Pendidikan agenda utama negeri, giat usaha bela kebajikan guru

SHAH ALAM, 16 MEI: Pendidikan terus menjadi agenda utama pentadbiran negeri dalam memastikan kebajikan guru sentiasa terbela dan masa depan anak-anak Selangor terjamin.

Dato’ Menteri Besar berkata pelbagai inisiatif dirangka termasuk kenaikan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan agenda lain yang dilaksana ialah Program Tuisyen Rakyat, bantuan persekolahan dan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Kerajaan Perpaduan berikhtiar mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif serta sihat buat warga pendidik dan pelajar," katanya di Facebook sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang tidak mengenal erti lelah dan payah dalam mendidik anak bangsa.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.