AGENDA

PM: Tiada secebis bukti minyak Iran dipindah di perairan Malaysia

14 Mei 2024, 11:00 PM
PM: Tiada secebis bukti minyak Iran dipindah di perairan Malaysia

DOHA, 15 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata tiada secebis pun bukti yang menunjukkan bahawa minyak Iran, yang berdepan sekatan Amerika Syarikat, telah dipindahkan dari kapal ke kapal di perairan Malaysia.

"Tiada secebis pun bukti mengenai (penggunaan) kaedah pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan antarabangsa (berhampiran Malaysia).

"(Namun) kita tidak mempunyai keupayaan untuk memerhati atau memantau mereka," katanya dalam sesi yang dikendalikan oleh Haslinda Amin pada Forum Ekonomi Qatar di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan mengenai kebimbangan Washington yang antara lain mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan di perairan negara.

Minggu lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan Malaysia sedia berhubung dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat mengenai perkara itu.

Perdana Menteri, yang berada di Doha sejak Ahad, mengakhiri lawatan rasmi tiga hari beliau ke Qatar hari ini.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.