ad
AGENDA

450,000 rakyat Palestin tinggalkan Rafah, elak jadi mangsa tentera Israel

14 Mei 2024, 1:40 PM
450,000 rakyat Palestin tinggalkan Rafah, elak jadi mangsa tentera Israel

GAZA, 14 MEI: Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu ketika gerombolan penduduk yang kehilangan tempat tinggal cuba melarikan diri daripada pertempuran sengit di bandar paling selatan semenanjung pantai itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Jalan di Rafah kosong ketika keluarga terus melarikan diri untuk mencari keselamatan," catat Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di platform X hari ini.

"Orang ramai menghadapi keletihan, kelaparan dan ketakutan yang berterusan. Tiada tempat selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."

Tentera Israel mara ke bandar paling selatan Semenanjung Gaza itu dari timur lebih seminggu lalu dan sejak itu juga telah menguasai bahagian Palestin di pintu masuk sempadan Rafah ke Mesir.

Pada Ahad, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken mengulangi bantahan Washington terhadap serangan darat besar-besaran di Rafah.

Rafah menempatkan lebih daripada 1.5 juta orang Palestin yang kehilangan tempat tinggal, yang berlindung daripada serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.

- BERNAMA-dpa

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.