AGENSI

Padang awam Batu Caves antara empat lokasi JER pagi ini

14 Mei 2024, 12:00 AM
Padang awam Batu Caves antara empat lokasi JER pagi ini
Padang awam Batu Caves antara empat lokasi JER pagi ini

SHAH ALAM, 14 MEI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi hari ini, bermula 10 pagi.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Dataran Pandan Prima, Jalan Pandan 5, Pandan Jaya (Pandan Indah) dan Dataran Ulum Kampung Bukit Bangkong (Tanjung Sepat).

Program sama turut berlangsung di padang awam Batu Caves (Sungai Tua) dan Pangsapuri Siantan, Taman Putra Perdana (Dengkil).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.