AGENSI

Dengkil antara empat lokasi jualan murah, esok

12 Mei 2024, 2:39 PM
Dengkil antara empat lokasi jualan murah, esok
Dengkil antara empat lokasi jualan murah, esok

SHAH ALAM, 12 MEI: Jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di empat lokasi esok.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di gelanggang bola keranjang Klang Utama (Bandar Baru Klang) dan pasar malam Taman Bukit Subang (Kota Angerik).

Program sama diadakan di Tasik Baginda Kg Dato' Abu Bakar Baginda (Dengkil) dan pekarangan medan selera Petronas Semenyih (Semenyih).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.