AGENDA

Kemenangan di KKB bukti Kerajaan Perpaduan kukuh, dapat kepercayaan rakyat

11 Mei 2024, 2:43 PM
Kemenangan di KKB bukti Kerajaan Perpaduan kukuh, dapat kepercayaan rakyat

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Kemenangan Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu membuktikan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang meyakinkan dan selesa.

Beliau berkata kemenangan itu turut membuktikan kerjasama antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan amat kukuh dan menyerlah sepanjang tempoh berkempen.

“Kemenangan ini amat meyakinkan kerana kita dapat mengekalkan sokongan (pengundi) di situ serta terdapat pertambahan sokongan pelbagai kaum dan masyarakat.

“Ini satu kemenangan manis buat Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul di sini malam ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.