AGENDA

80,000 penduduk Palestin larikan diri dari Rafah susulan serangan Israel

9 Mei 2024, 9:41 AM
80,000 penduduk Palestin larikan diri dari Rafah susulan serangan Israel

KUALA LUMPUR, 9 MEI: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan kira-kira 80,000 orang melarikan diri dari Rafah sejak operasi ketenteraan ditingkatkan Isnin lalu.

Dalam satu hantaran di laman X dahulunya Twitter hari ini, UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza.

“Sejak tentera Israel meningkatkan operasinya pada 6 Mei, kira-kira 80,000 orang meninggalkan Rafah mencari tempat selamat.

"Penderitaan dialami keluarga ini tidak tertanggung. Tiada tempat selamat. Kita perlukan gencatan senjata,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.