AGENDA

Bapa, dua anak lemas ketika beriadah di Sungai Balak

5 Mei 2024, 9:00 AM
Bapa, dua anak lemas ketika beriadah di Sungai Balak

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Seorang bapa dan dua anaknya lemas ketika beriadah di Sungai Balak, Batang Kali, Selangor hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat ketiga-tiga beranak itu ditemukan kira-kira 1.35 tengah hari tadi.

“Bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 1.09 tengah hari. Operasi mencari dan menyelamat membabitkan 12 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baharu selain dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

"Berdasarkan laporan awal, tiga mangsa itu terdiri daripada seorang lelaki (bapa), anak perempuan berusia sembilan tahun dan anak lelaki berusia enam tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kesemua mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 30 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Menurut Wan Md Razali kesemuanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.