AGENDA

Tekad terus maju, negeri meterai MoU dengan beberapa syarikat teknologi di Jerman

28 Apr 2024, 1:30 AM
Tekad terus maju, negeri meterai MoU dengan beberapa syarikat teknologi di Jerman
Tekad terus maju, negeri meterai MoU dengan beberapa syarikat teknologi di Jerman

HULU SELANGOR, 28 APRIL: Kerajaan Negeri Selangor menerusi beberapa anak syarikat termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa syarikat teknologi di Jerman untuk memajukan lagi negeri itu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata MoU itu, yang membabitkan syarikat teknologi seperti Siemens, KNX dan Mendix, ditandatangani ketika beliau bersama delegasi Malaysia melawat Jerman baru-baru ini bagi menyertai Hannover Messe iaitu forum dan pameran teknologi.

"Ini semua memberikan peluang untuk meningkatkan sumber manusia dalam negeri kita di samping menambah pelaburan bernilai tinggi dan mampu membawa peluang pekerjaan kepada semua rakyat di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Riuh Raya #KitaSelangor 2024 di sini malam tadi.

[caption id="attachment_639192" align="aligncenter" width="713"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat reruai Festo sempena Pameran Perdagangan Industri Hannover Messe 2024 di Hannover, Jerman pada 22 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin juga berkata Selangor terbuka untuk menjadi 'rumah' dan 'payung' kepada semua rakyat Malaysia yang berhijrah ke negeri itu atas semangat kebersamaan serta perpaduan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.