ad
AGENDA

Calon Kerajaan Perpaduan azam teruskan pembangunan, bela kebajikan wanita

27 Apr 2024, 3:43 AM
Calon Kerajaan Perpaduan azam teruskan pembangunan, bela kebajikan wanita
Calon Kerajaan Perpaduan azam teruskan pembangunan, bela kebajikan wanita
Calon Kerajaan Perpaduan azam teruskan pembangunan, bela kebajikan wanita

HULU SELANGOR, 27 APRIL: Calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) Pang Sock Tao berazam meneruskan pembangunan yang dirancang di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Selain itu, Sock Tao, 31, berkata kebajikan anak muda dan wanita juga turut diberi tumpuan khusus jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat.

[caption id="attachment_639811" align="aligncenter" width="809"] Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao ketika pengumuman calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Kita akan mulakan kempen dengan berhemah dan menghormati sensitiviti. Jika diberi peluang saya akan teruskan perancangan pembangunan di Kuala Kubu Bharu.

“Selain itu saya juga akan pastikan kebajikan anak muda dan wanita. Ia akan dimasukkan dalam manifesto saya yang akan dilancar tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, Sock Tao diumumkan sebagai calon Kerajaan Perpaduan yang akan dicabar calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) serta calon bebas, Nyau Ke Xin.

[caption id="attachment_639797" align="aligncenter" width="812"] Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) pada hari penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Pengumuman empat calon tersebut dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN KKB Yuhanas Auree Kamarudin di perkarangan Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN KKB pada 11 Mei ini, hari pengundian awal pula 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.