ad
BUDAYA

Keintiman

20 Apr 2024, 12:45 AM
Keintiman

 

tatkala dalam minggu ujian dunia

mereka berkhalwat di atas bangku

menolak aksara ke dalam kepala

berharap ia membatu di sana

aku menyelak kitab seperti mereka – menatap kayu pulpa – aku selak lagi – dan aku tatap lagi – sambil-sambil memberanakkan mimpi

mataku hijrah merata

di setiap penjuru beluncasi orang tua

berlumba-lumba memohon restu

ibarat mengeji aku piatu

melihat itu – pujangga diriku pun ligat menjalar: mengusapku + mendakapku + mengucupku (segalanya intim) = memberi sebuah kehangatan yang kau tak mengerti selama ini

Afrina Aziz

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.