AGENDA

Hujan lebat, angin kencang diramal landa Hulu Langat hingga 9 malam

19 Apr 2024, 10:42 AM
Hujan lebat, angin kencang diramal landa Hulu Langat hingga 9 malam
Hujan lebat, angin kencang diramal landa Hulu Langat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 19 APRIL: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda Hulu Langat sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan beberapa kawasan di Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor diramal alami keadaan sama.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.