AGENDA

Warga emas ditemui maut dipercayai jatuh dari tingkat 13

17 Apr 2024, 2:45 PM
Warga emas ditemui maut dipercayai jatuh dari tingkat 13

IPOH, 17 APRIL: Seorang lelaki warga emas berusia 91 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 13 Rumah Pangsa Kinta Height dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat mangsa dijumpai seorang pengawal keselamatan di lorong belakang rumah pangsa tersebut dan polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas anggota badan mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Abang Zainal berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini supaya berhubung dengan pengawai penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Mohd Sahran Termizi di talian 019-4444515,” katanya.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.