AGENDA

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

15 Apr 2024, 10:30 AM
Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 15 APRIL: Hujan lebat dan ribut peti dijangka melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Johor dan Sarawak

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.