ad
AGENDA

Wartawan antara individu cedera Israel serang kem pelarian Nuseirat

13 Apr 2024, 12:12 AM
Wartawan antara individu cedera Israel serang kem pelarian Nuseirat

GAZA, 13 APRIL: Beberapa orang wartawan cedera dalam serangan tentera Israel yang menyasarkan Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Sumber perubatan memberitahu Anadolu antara yang cedera ialah wartawan lapangan daripada saluran TRT Arabic yang melaporkan mengenai serangan di Gaza.

Lebih daripada 33,600 warga Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt tahun lepas.

Rejim itu juga melakukan sekatan di bahagian pantai mengakibatkan populasi Gaza terutamanya di utara di ambang kebuluran.

Serangan Israel itu telah mengakibatkan 85 peratus daripada penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang akut sementara kebanyakan daripada infrastrukturnya telah rosak atau musnah.

Israel didakwa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas pertuduhan melakukan genosid, dan mahkamah itu juga mengarahkannya supaya mengambil lebih banyak tindakan untuk mengelakkan kebuluran di Gaza.

-BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.